Monday, October 5, 2009

Facebook MASSA

PERHATIAN .

Klik link diatas setelah anda login ke facebook anda.

Tuesday, December 16, 2008

WAJIB BCE DAN SEBARKN KPD SUME UMAT ISLAM.... ( LINA JOY )

WAJIB BCE DAN SEBARKN KPD SUME UMAT ISLAM....
( LINA JOY )
kehebatan peguam jahanam
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.


mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah.

Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.

Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M..sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan.

Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam.

Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak.

Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia.

Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan.

Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita.

Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.





9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.





10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia .

Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya.



Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.



Cetakan Beirut)

Allahua..ala ..alam.

27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIW AJ IBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM



Another Link :

http://www.myislamnetwork.net/component/content/article/1-artikel-pilihan/14-fakta-kes-azlina-jailani.html
http://cikwiduri.wordpress.com/2008/04/05/melayu-murtad1/
http://www.abim.org.my/component/content/article/28-artikel-pilihan/94-penubuhan-ifc.html

Friday, November 28, 2008

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian…

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali
‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘

Imam Ghazali
‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)’

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang 2 ‘

Imam Ghazali
‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘

Imam Ghazali
‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’

Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’

Imam Ghazali
‘ Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

IMAM GHAZALI
‘ Apa yang paling berat didunia ? ‘

Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘

Imam Ghazali
‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali
‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali
‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

‘’sampaikanlah walaupun satu ayat”

Petikan adalah sumbangan dari ThouSaND hOpEs

Wassalam…

aNtArA MaNuSiA, MaLaIkAt DaN sYaiTaN..!!

Manusia, Malaikat, Syaitan ..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah,
ngantuk ini.awal lagi nie?.
zzz



Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...
dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,
pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde
style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai
manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..
aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,
bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..
rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun.

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti
seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.

2.
Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3.
Syaitan - Tak payahlah sebuk?

Thursday, November 27, 2008

Good Bye 2008, Welcome 2009


Assalamualiakum. Terima kasih kepada semua yang melayari laman ini. Sepanjang tahun 2008, Kelab Massa telah berjaya melaksanakan berbagai-bagai aktiviti kepada semua siswa siswi Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2008 adalah :

*Gotong - Royong (Membersihkan Surau)
*Tadarus Al-Quran (Sempena Ketibaan Bulan Ramadhan)
*Tayangan (The Last Prophet,dll)
*Jamuan
*dll

Terima Kasih atas kerjasama semua. Diharap pada sesi 2009 nanti Kelab Massa akan menambah dan mempelbagaikan aktiviti untuk siswa siswi Kolej Profesional Mara Indera Mahkota Kuantan, Pahang

Monday, August 18, 2008

Gimix for MASSA Club [Click Here]

Meh arr tengok GIMIX massa.... huhuhu....

http://www.wix.com/Harfage/MASSA

WEB SITE MASSA [Click Here]


Layari Laman Web Massa untuk mengetahui aktiviti - aktiviti tahunan massa.

http://www.massa08.myheritage.com

Sunday, August 17, 2008

Miracle Allah S.W.T


Saksikan kekuasaan ALLAH S.W.T
Anda pasti kagum dan dapat menginsafi diri dengan menonton video ini.

Saturday, August 16, 2008

Program Perbandingan Agama - MASSA

// Jualan buku-buku mengenai islam.
//Penceramah En. Lim Jo Soun (Seorang Mualaf)
//Antara ahli-ahli MASSA yang turut menjayakan program.
// Penceramah bersemangat memberi ceramah
//Khusyuk mendengar ceramah
//Pendaftaran Pelajar

//Pendaftaran Pelajar



Program Perbandingan Agama yang dianjurkan massa adalah antara aktiviti yang mendapat sambutan dikalangan siswa siswi Kolej Profesional Mara Indera Mahkota. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai islam dikalangan para pelajar KPMIM.

Gotong royong ajk MASSA bersama KELAB KEMASYARAKATAN










Pada 10 Ogos lalu Kelab MASSA (Majlis surau As-Syahadah ) bersama Kelab Kemasyarakatan menjalankan aktiviti gotong royang membersihkan surau As-Syahadah KPMIM. Aktiviti ini dijalankan seramai 25 0rang .